Sunday, October 24, 2010

bawah.

eheemm.
selamat petang semua!
entri kali ini dalam bahasa kebangsaan kita ye.
apa tujuan entri kali ini?
saya hendak menceritakan pengalaman saya yang telah berada selama sebulan di plymouth.
seperti yang saya katakan sebelum ini, bandar plymouth seperti bandar kota bharu yang sangat indah, aman, tenteram (kecuali jumaat malam, di mana muda-mudi berpesta dan menjadi mabuk sehingga mengganggu ketenteraman kami sebagi penduduk perkampungan pelajar marjon)
selain itu, segala macam perkhidmatan di plymouth boleh dikategorikan sebagai kelas pertama.
mereka memberi layanan yang terbaik buat semua pelanggan. (kecuali sesetengah tempat yang tiada sikap menghormati pelanggan)
suasana pembelajaran di sini juga sangat kondusif kerana pensyarah berusaha untuk mengenali kami semua dan begitu berdedikasi mengajar kami tanpa jemu dengan pelbagai kaedah menarik.
saya suka tinggal di plymouth.
sehinggalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...


kejadian 1.
kotak televisyen di sini menyiarkan berita tentang..
tentang agama saya, Islam.
tentulah mereka menyebear berita yang hampir keseluruhannya adalah penipuan semata-mata sahaja!
ini tidak adil!
baiklah, lanjutan dari kisah itu, petang pada hari yang sama berita itu disiarkan, saya dan beberapa orang kawan saya hendak ke central park. 
disebabkan bas yang kami naiki hanya berhenti di hospital, jadi kami terpaksa berjalan kaki ke sana.
alkisahnya, kami semuanya bertudung kecuali si kangga. 
dari arah bertentangan kami, ada sebuah kereta meluncur laju, sebaik sahaja mereka nampak kelibat kami, pemandu kereta berkenaan menghon kuat-kuat sambil menunjukkan tanda f*** itu.
kami terkedu seketika. 


kejadian 2.
hana dan saya pergi ke bandar hari ini untuk berjalan-jalan dan mencar barang.
kami memasuki sebuah kedai pakaian yang agak berjenama di pusat membeli-belah drake circus.
sedang elok kami membelek baju-baju di dalam kedai itu, lalulah dua orang lelaki asing di sebelah kami.
salah seorang dar mereka menuturkan perkataan f**k ketika lalu di sebelah kami.
kami terkedu lagi.


kejadian 3.
berlaku pada hana dan saya ketika kami sedang berjalan menuju ke salah sebuah kedai barang terpakai/kebajikan.
seorang lelaki pertengahan umur yang lalu di sebelah kami seakan-akan menuturkan kata-kata yang tidak enak di dengar telinga kami.
sekali lagi, kami terkedu.


kenapa?
kenapa kami?
adakah kerana kami bertudung?
adakah kerana kami beragama Islam?
peliklah dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak tahu menilai sesuatu perkara dan yang tidak menghormati hak asasi seorang manusia.
kami juga punya hati dan perasaan.
adakah susah untuk meminta kamu semua menghormati agama dan pegangan kami?
sesungguhnya, hana dan saya berasa amat kecewa dan berduka di atas kejadian ini.
kami TRAUMA.
kami takut untuk keluar bersendirian.
tetapi Allah sentiasa ada bersama-sama kami.
insyaAllah, Dia akan melindungi kami dan memberi kami kekuatan.
berusaha Nad!!
jangan takut dan gentar akan semua itu.
bertenang sajalah~
bukankah kamu ada rakan-rakan di sini yang akan membantu kamu melalui semua itu.
jadi, jangan patah semangat ye?
:)


(pheeewww! lega kerana berjaya menaip dalam bahasa kebangsaan yang lengkap walaupun tatabahasa amatlah hodoh!)

4 comments:

tintabercerita said...

ish....rupyer msh ade org yg narow minded ni...sabo yer..ati2!!

nadiahs said...

yuppies.
mmg pun.
sabar dan cekal jer la.
weeeeeee~

azarsyafiq said...

rilek..sabar banyak2.. biarkan jer..ignore n kalo bleh jgn buat respon kt diorg (i mean buat as if korang pekak or buta or bisu).. biasanya diorg tak berani buat lebih2.. unless kalo korang rase terancam, so just shout 'discrimination' sekuatnya.. it's a very powerful word here.. besenye diorg akan takut.. or else call police jer terus.. cabaran dinegara orang baru bermula.. InsyaAllah Allah's blessing is always with all of u..

nadiahs said...

encik azar: thanx wei. tu kate semangat yang amat dperlukan~ :)
'discrimination'!!
akan aku gune kalo terancam betul2.. ahaha.. thanx for the advice bro..