eyp.
dah hampir sebulan stay rumah.
rindu arr mereka-mereka tu.
in fact.
rindu gila.
aish~
tak sangka betul i will say this.
aku rindu....
- time bangun pagi, pastu tengok roommate yang terbongkang tidur. aduhai~ pasni tak nampak lagi dah.
- basuh baju malam-malam sebab malas nak share tempat basuh itu.
- siap-siap pergi kelas sambil gosip/gaduh-gaduh/borak dengan roommate.
- jalan ke kelas pagi-pagi dengan Ada! time tu la cerita pasal mimpi malam sebelumnya or apa-apa isu berbangkit. hihi.
- berhenti kat cafe beli kuih. hahah.
- duduk kat kelas tunggu lecturer sambil mengumpat-ngumpat, kacau-kacau budak kelas.
-tengok marjon 2 tersenguk-senguk waktu subjek tuttt. beriya gila tunduk kot. cover dengan dictionary. aish~ lepas tu snap pic dorang masuk FB.
- berlawan mulut dengan lecturer ES. skang baru sedar, betul apa yang beliau cakap tu. tapi kan, listen to our opinion juga la kan? apa-apa pun, aku appreciate apa yang beliau ajar aku dan kawan-kawan sepanjang 4 semester tu.
- share lagu dengan kawan-kawan.
- dengar dorang ngutuk aku (?) apa ni? tak patut ingat. tapi nak jugak. haha.
- puasa dengan mereka yang mereng tu. pastu janji nak buka puasa kat kedai merah. adoi~
- jalan kaki/call pebet time weekend ke kedai-kedai makan area PT sebab cafe tak buka. and for the record, marjon 2 je la yang rajin jalan kaki/call pebet coz kami memang tiada kete motor basikal. haha.
- time kita semua menyumpah-nyumpah bila tiba-tiba saja ada programme yang kita kena join. tapi nanti in the end, semua pun puas hati.
- waktu kenakan Farah, dengan skandal-skandal dia.
- bila Hana cerita pasal apa-apa saja dan di mana-mana sahaja, be it waktu lecturer mengajar, waktu kat toilet, cafe, alahai~ semua tempat la.
- bercerita dengan Nik pasal masalah (?) kat dia. pastu dengar pendapat dia. exchange stories. aish~ rindu-rindu.
- gather ramai-ramai dengan girls waktu weekend, lepak-lepak jer. tak wat apa pun. seronok sangat.
- oh ya, study week. waktu itu la bersungguh-sungguh belajar. rambut masing-masing macam einstein. :p
-bila kepala serabut dengan programme yang ada. bila masing-masing tak tentu arah dengan post yang diberi. semua kelam-kabut. hihi. tapi best coz apa yang kita dapat ialah hasil titik peluh kita sendiri.
-pergi pasar malam sama-sama. okay kekadang angin gak bila tiba-tiba je pesanan menggunung, but hey, kita kawan kan? aku tolong kau, kau tolong aku. ^.^
-bergambar dengan Wawa macam orang gila! pastu masing-masing tak mengaku gila bergambar. and oh ye, semua marjon 2 people macam ni la. :p
- siapkan assignment last minute dengan Farah and Nik. yeah. we rule babes! :)
- pergi library waktu ada assignment. memekak sampai kene marah dengan lecturer. hihi.
- praktis dikir barat! yeay!! walaupun tekak sakit, tangan merah. tapi berbaloi.
-nak wat presentation walaupun most of the time aku tak pernah prepare betul-betul.
- tengok muka kawan-kawan yang monyok termasuk aku bila nak bayar duet kelas.
- nak pergi secretariat and kena tegur dengan lecturers. ;) kekadang rasa bosan tapi rupa-rupanya berguna seyh. thanx!
- nak travel jauh-jauh dengan marjon 2 using bas maktab. nanti leh nyanyi and memekak. tak yah sopan santun. cerita-cerita hantu ke? hihi.
- baring-baring atas katil and cerita pasal hopes and dreams with my Hana and my Ada. ^.^
- telling my probs with my girls and they will try to solve it. (tetiba je guna english pehal?) haha.
- saying hello kat Jen waktu dia lalu depan bilik.
- nak borak-borak dengan adek TESL, Syidah and Wana.
- nak menangis dengan marjon 2. :'(
- jual roti cintaku!! yeah!
- keluar time weekend ngan budak-budak ni walaupun aku tak de tujuan nak keluar.
- online sampai pagi-pagi buta, pastu bersungguh-sungguh kejut roommate mintak dia teman g toilet. heeeee~
- tengok movie dengan dorang, tutup mata, nangis, ketawa.
okay.
cukup dulu kot.
banyak sangat.
tak ter'list'.
walau ape pun.
rindu gila dengan marjon 2!
oh my.
baru sebulan kot kan?
dah rindu?
cesh~
ni akibat bosan kot. (alasan)