Assalammualaikum.
Lama tak rasa begini.
Lama tak rasa sengsara begini.
Rasa seolah-olah hati dihiris-hiris dengan pisau tajam.
Rasa seperti mahu menjerit sekuat yang boleh.
Mahu menjerit lama mungkin.
Mahu menangis habis-habisan.
Mahu meratap.
Mahu tinggalkan semuanya.
Mahu abaikan semua kerja.
Lain kali jangan mula awal.
Lain kali jangan buat beriya.
Lain kali jangan terlampau yakin.
Kan dah kecewa?
Ye, kecewa yang amat sangat.
Penat pun ada, sepuluh kali buat, sepuluh kalilah begitu saja end resultnya.
Dugaankah ini?
Kenapa sahabat lain berjaya?
Gah-gah semuanya.
Kita buat sekali kalaupun aku tak mula awal.
Ada yang mula lagi lambat dariku.
Kita semak kerja sama-sama kan?
Atau adakah aku kurang bijak berbanding kamu semua?
Usaha yang di beri tak mencukupi mungkin.
Ye, aku tak genius mahupun gifted.
Akhirnya, aku hanya mampu berpura-pura senyum dan terima apa yang mereka kata.
'Tak pe Nad, lain kali masih ada'
'Bukan rezeki kau tu Nad'
'Aku pun tak tau nak cakap apa Nad'
Ye, aku pun tatau apa nak cakap dengan pencapaian diri ini.
Mungkin betul, belum masanya nak berjaya.
Mungkin aku tak cukup usaha kot.
Jangan berdukalahh.
Kena tabah, kan?
Harapnya Allah memberi aku kekuatan untuk buat semula apa yang aku tinggalkan dan moga Dia sentiasa bagi ilham padaku untuk terus berusaha.
*cuba pujuk hati dan diri*
Mudah cakap Nad, nak buat payah.
Janganlah aku ignore kerja akademik semua ni lama sangat.
Banyak lagi kerja nak hantar walau kau tawar hati.
Over sangatkan aku?
Tapi hey, risau dengan hasil kerja sendiri.
Kalau berterusan, ijazah tahap apalah aku nak bawa balik Malaysia, kan?
Dan waktu beginilah aku rindu keluarga di Malaysia.
:-(
Redha dan Pasrah.
Banyak ke Pasrah sebenarnya.
Moga tabah hadapinya Nadiah.
'Never lose hope'
Allah sentiasa ada.
Sekian.
P/s: untung kau Cik Blog, gara-gara tensi, aku melawat kau.